Kaedah Perubatan

Kaedah Perubatan

“Orang Turki makan makanan sunnah, tetap banyak org sakit.”

“Hospital pun banyak di arab sana”

“Mana yang kata sembuhkan segala penyakit?”

Kekeliruan semacam ini terjadi kerana segelintir masyarakat tidak memahami peranan Thib Nabawi, pengertian penyakit, dan peranan para ahli kesihatan sama ada medik atau non-medik

MAKSUD PENYAKIT

Secara umum, penyakit diertikan sebagai keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, perubahan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi.

PERANAN THIB NABAWI DAN PAKAR KESIHATAN

Makanan sunnnah, herba, Thibbun Nabawi, nutrisi, fungsional medicine, dan apa pun supplement kesihatan hanya untuk rawat masalah yg berpunca dari perubahan fisiologi manusia sahaja. Tidak untuk perubahan anatomi.

Misalkan, gigi berlubang adalah perubahan pada bahagian anatomi gigi. Mesti diberi tindakan sama ada tampal / cabut atau sesuai diagnosa penyakit oleh doktor gigi anda. Tidak boleh dirawat dengan olesan minyak zaitun!

Begitu juga kes kanak-kanak 18 bulan jatuh eskalator sehingga patah tulang lehernya. Mestilah rujuk kepada pakar bedah ortopedik, pakar bius, dan pakar kanak-kanak. Semua ini memerlukan ilmu dan tingkat kepakaran yang tinggi. Tidak cukup dengan beri madu pada anak itu.

Kepakaran obstetrik dan ginekologi diperlukan untuk menghadapi kes berisiko tinggi dan komplikasi ketika melahirkan.

Begitu juga org kemalangan, pecah tulang kepala dan muka memerlukan pakar bedah mulut dan maksilofasial atau bedah plastik.

Disiplin ilmu ruqyah as-Syar’iyyah juga diperlukan utk merawat penyakit non-Medik seperti saka, santau, histeria dan lain-lain. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengiktiraf modul, pelatihan dan rawatan Darus Syifa’ seluruh negara.

HABBATUSSAUDA

Sesuai tuntunan hadith Nabi sallahu alaihinwasallam, saya hampir tidak menemukan penyakit yang Habbatussauda tidak boleh berperanan membantu dalam proses penyembuhannya. Berdasarkan literature, Habbatussauda memiliki banyak manfaat farmakologi seperti antiradang, anticacing, antimikrob, antihipertensi, antiviral, hepatoprotektor, nefroprotektor, imunomodulator, bronkodilator, antioksidan, antikanser, dan mampu memberikan kesan tahan sakit ringan yg muncul akibat dari perubahan anatomi.

Jadi persoalan besarnya, kenapa nak memperlekeh habbatussauda dan pengamal Thib Nabawi (pengubatan Nabi) semata-mata lihat org Turki makan biji habbatussauda tapi tetap juga sakit?

Tanya sakit apa dulu?

Apakah dos dan kualiti habbatussauda yang diamalkan cukup memberikan manfaat terapi (therapeutic effect)? Cukupkah dengan hanya kunyah 7 biji habbat sudah menghindari segala penyakit kecuali mati? Apa beza Olive Oil sebagai hiasan salad dan Extra Virgin Olive Oil sebagai suplemen?

Semua kaedah rawatan ada sumbangannya masing-masing. Tinggal bagaimana kita posisikannya dengan adil dan renungan akal yang mendalam.

Wallahua’lam.
– Pesanan dari Team Kesihatan, Assyifa Health
(supplier utama makanansihat.com)-

Leave a Reply