MADU MENGKRISTAL?? JANGAN TERKEJUT…..

15965436_947817555352857_4134228282866674543_n

MADU MENGKRISTAL?? JANGAN TERKEJUT~

********
“Salam nak tanya sikit, kawan aku ada beli madu, tapi sekarang dah macam mendap dan jadi kasar mcm gula merah. Boleh tahu kenapa ya?”

Waalaikummussalam. Madu mengkristal itu normal. Tidak ada apa-apa yang aneh. Justeru ada madu palsu yg dimasukkan anti-crystallizers agent utk elak madu palsu tadi mengeras.

“Boleh dimakan lagi ke?”

Sudah tentu. Di Barat mereka menyebutnya sebagai Bee Bread kerana kebiasaannye mereka sapu madu mengkristal itu ke roti. Tekstur nya lembut dan rasanya sangat lazat.

“Apa penjelasan ilmiah proses kristal pada madu ini?”

Kristalisasi terjadi apabila glukosa, yang merupakan salah satu daripada dua jenis gula utama yang terdapat pada madu (glukosa dan fruktosa) secara semula jadi memisah daripada ikatannya. Glukosa kehilangan air (menjadi glukose monohydrate) berubah bentuk menjadi kristal yang mengikat komponen madu lainnya membentuk semi padatan.

“Oh ok2..takut juga sebab aku yg promo ke dia..hehe..kalau nak cairkan semula ada cara ke?”

Madu terhablur boleh dikembalikan bentuk cecair dengan perlahan lahan dipanas dalam rendaman air panas..

Dalam Madu Quad, kita sudah sediakan sudu kayu panjang bagi memudahkan pengambilan madu sekiranya risiko kristalisasi terjadi.

“Tu la..dia bg rasa..sedap..jem madu asli..hehe..”

Bee bread itu memang sedap ! 😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *