Alhamdulillah progress!

WhatsApp Image 2017-01-16 at 4.14.21 PM (1) WhatsApp Image 2017-01-16 at 4.14.21 PM

Berikut adalah pengalaman saudara kita yang sudah melakukan terapi habbatussauda pada neneknya berusia 73 tahun.

Alhamdulillah progress!

Bagaimana mengatasi masalah sakit lumpuh/stroke dengan habbatussauda?

+ Stroke adalah penyakit otak akibat terhentinya penyaluran darah ke otak kerana sumbatan atau pendarahan, dengan gejala lemah/lumpuh sesaat atau gejala berat sampai hilangnya kesedaran, dan kematian.

+ Stroke boleh berupa “iskemik” iaitu saluran darah ke otak terhenti kerana sumbatan arteriosklerotik atau bekuan darah pada salur darah melalui proses arteriosklerosis. Boleh juga berupa “hemoragik” iaitu saluran darah pecah sehingga aliran darah menjadi tidak normal dan darah yang keluar merembes masuk ke dalam suatu bahagian di otak lalu merosaknya.

+ Gejala stroke ditandai dengan antaranya; Lemah atau lumpuh lengan atau kaki atau salah satu sisi tubuh. Hilangnya rasa atau adanya sensasi abnormal pada lengan atau kaki atau salah satu sisi tubuh. Mati rasa sebelah badan, terasa kesemutan, terasa seperti terkena cili, rasa terbakar, mulut, lidah mencong bila diluruskan, gangguan menelan, bicara tidak jelas dll.

———————-
Terapi Habbat As Syifa Health
———————

+ Lakukan terapi bekam Medik, urut refleksi dan pijat saraf secara berkala

+ Perbanyak makan makanan yang cukup akan kandungan protein, karbohidrat, zat besi, kalium dan gula yang baik. Dan semua terdapat pada kandungan kurma dan madu. Untuk setiap pemberian makanan sebaiknya disajikan dengan cara dihaluskan, seperti dengan cara dijus/blender atau ditumbuk.

+ Untuk penyembuhan mental secara baik, ajaklah selalu mengingat Allah SWT dan terus melakukan Ibadah secara baik dan benar. Insya’Allah Allah SWT memberikan kesembuhan kepadanya

+ Kemudian kami tambahkan beberapa teknik pengubatan Nabi seperti ubat yang dapat memperbaiki saluran darah dan kerja Sistem Saraf Tunjang. Manfaatkan juga pencair darah semulajadi dengan menggunakan bawang putih (1 siung x 1). Habbatussauda terbaik di kelasnya Habasyi88 sebagai anti-oksidan, meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan juga dapat menstabilkan kolesterol dan gula darah.

+ Tetap melakukan pemeriksaan berkala kepada doktor pakar Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *