Penyakit TB dan batuk berpanjangan

Penyakit TB dan batuk berpanjangan

BAGAIMANA MENYELESAIKAN MASALAH TB (TUBERKULOSIS) ATAU SUSPEK TB ATAU BATUK BERPANJANGAN SECARA ALAMIAH DAN ISLAMIAH SAHAJA?

Istilah lain dari penyakit TB adalah KP atau Koch Pulmonum iaitu penyakit jangkitan peparu oleh bakteria Mycobacterium tuberkulosa. Bakteria ini pertama kali ditemukan oleh Robert Koch pada tahun 1882, sehingga jika bakteria tersebut menjangkiti peparu maka disebut juga Koch Pulmonum (pulmo = peparu)

Antara sifat dari bakteria ini adalah lambat berkembang biak dan mampu berihat dalam waktu yang lama, sehingga memerlukan waktu perubatan yang lama pula (6 – 9 bulan).

Perubatan konvensional mengharuskan minum ubat selama 6 bulan berturut – turut. Agar penyakit tersebut sembuh sempurna.

Perubatan secara kimia dilakukan dengan menggunakan ubat antituberkulosis secara multi drug (lebih dari 2 jenis ubat). Pada kes tertentu, doktor memberi tiga jenis ubat sekaligus.

Begitu juga pengubatan menggunakan bahan semulajadi makanan iaitu dengan kombinasi beberapa jenis makanan yang mengandungi kesan antibakteria yang sangat baik iaitu habbatussauda (Habasyi99), madu dan ekstrak hempedu bumi, kayu manis, halia (Madu Abiotik dan Madu Mint).

Dalam kes TB, pengubatan dengan bahan makanan juga memerlukan waktu antara 6 – 9 bulan. Lama masa pengubatan tergantung keadaan pesakit. Low side effect.

TERAPI IBADAH

Untuk membantu menyembuhkan penyakit ini dapat dilakukan dengan rutinkan diri bangun pagi dan melakukan solat malam serta solat subuh, kemudian diikuti dengan senaman pagi terutama dengan senaman pernafasan (menarik nafas dalam dan menahan nafas semaksimum mungkin, kemudian mengeluarkan nafas).

Semoga diberikan kesembuhan dengan tidak mendatangkan penyakit yang baru berupa kesan sampingan, komplikasi maupun interaksi multi drugs. Sebagaimana doa Nabi Saw., “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari dan Muslim).

Wassalam

– Artikel disumbangkan oleh Team Doktor Assyifa

Leave a Reply