5 Perkara Wanita Perlu Lakukan Untuk Rahim Kekal Sihat 

5 Perkara Wanita Perlu Lakukan Untuk Rahim Kekal Sihat 

Ramai wanita sekarang mengabaikan penjagaan peranakan dan rahim mereka atas alasan kesibukan masa, tidak tahu cara menjaga rahim, rasa susah dan leceh untuk melakukan langkah-langkah penjagaan contohnya mengamalkan jamu juga ulam-ulaman.

Jika rasa agak susah, mulakan dengan 5 perkara ini untuk rahim anda kekal sihat.

  1. Mulakan dari awal. Penjagaan mahkota wanita ini perlu bermula sejak kecil. Pastikan anak-anak mencuci bersih faraj mereka selepas membuang air kecil kerana jika ia diabaikan boleh menyebabkan jangkitan kuman. Galakkan anak makan sayur dan buah-buahan untuk tingkatkan imun sistem. Beri suplemen vitamin C, minyak ikan dan teruskan sehingga remaja dan dewasa.
  2. Seimbangkan dua hormon wanita; estrogen dan progesterone dengan mengamalkan makanan yang mengandungi lemak sihat contohnya minyak kelapa, avokado, ikan salmon liar salah satu sumber asid lemak Omega-3 yang terbaik. Jika hormon tidak seimbang, ia mengundang masalah kemandulan, ketumbuhan dan kanser rahim serta pelbagai gangguan kesuburan wanita. Jadi jaga pemakanan anda.
  3. Elakkan makanan segera. Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arsat menyebut amalan makanan segera boleh menyebabkan gangguan haid berlaku samaada tidak datang haid, haid tidak keluar banyak, darah berketul-ketul atau sedikit sahaja. Ini tanda-tanda gangguan dan akhirnya boleh merosakkan rahim.
  4. Amalkan makan nenas yang mengandungi enzim Bromalin dan betik yang mengandungi enzim Papase. Kedua-duanya berperanan membersih darah kotor dalam rahim. Begitu juga amalan memakan kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai pula anti-kebengkakan juga untuk menjaga rahim.
  5. Pengambilan Herba Kacip Fatimah untuk penjagaan rahim wanita sudah sekian lama diamalkan dalam masyarakat. Kajian pada 2004 pada wanita Melayu Kelantan menunjukkan pelbagai khasiat antaranya memudahkan proses kelahiran, mengurangkan masalah haid. Ia juga dipercayai dapat merawat kembung perut, cirit birit berdarah, penyakit kelamin dan awet muda.

Teknologi kini memudahkan lebih ramai wanita mengambil Kacip Fatimah sebagai makanan tambahan. Ia diproses dalam bentuk kapsul atau maajun mengikut permintaan pengguna. Antara produk yang menjadi pilihan pengguna ialah Kacip Fatimah Phyto Plus yang diformulakan oleh Institut Pembangunan Bioproduk UTM atau juga dikenali Institute of Bioproduct Development (IBD).

5 perkara asas ini boleh diamalkan untuk rahim anda kekal sihat. Mulakan sekarang, sayangi rahim anda kerana ia aset yang paling berharga bagi seorang wanita!

Info lanjut berkenaan Kacip Fatimah hasil kajian UTM, sila klik link di bawah

Kacip Fatimah Phyto Plus

Rujukan :

Hamid Arshat (2016). Sayangi Rahim Anda. 12 Ogos 2016

Norsuhaila Ibrahim (2015). Khasiat Kacip Fatimah Untuk Wanita.  19 September 2017

1 thoughts on “5 Perkara Wanita Perlu Lakukan Untuk Rahim Kekal Sihat 

Leave a Reply