BERDIRI 2 JAM SETIAP HARI

14690954_896911783776768_6250716168878155491_n

Assalamualaikum… Selamat Pagi!

Pagi ni admin excited nak share skit TIPS KESIHATAN.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

*********

BERDIRI 2 JAM SETIAP HARI

Tahukah anda kalau kita duduk melebihi 6 jam sehari meningkatkan risiko untuk mati sebanyak 40%? Duduk lama-lama depan tv adalah lebih buruk daripada makan nasi lemak tiap-tiap hari.

Apa efek kalau kita duduk lama-lama ni sampai boleh jadi bahaya sangat?

1) Otot kaki tidak lagi berfungsi ketika kita duduk. Kalau tengok orang yang gunakan kerusi roda, otot mereka semua kecut/kaki jadi kecil sebab otot tak digunakan untuk berjalan (akibat kecacatan/kurang upaya mereka). Sama konsep, semakin kurang kita gunakan otot kaki (semakin banyak duduk) semakin lemah kaki kita.

2) Bila duduk lama-lama, pembakaran kalori jatuh sehingga 1 kalori seminit. Macam mana nak buang โ€˜spare tireโ€™ kalau macam tu? Banyak kalori tersimpan = banyak lemak terkumpul.

3) Enzim untuk membantu pembakaran lemak jatuh sehingga 90%. Bila kekurangan enzim ni, pembakaran lemak tidak berlaku pada kadar yang efisyen.

4) Keberkesanan hormon insulin jatuh sebanyak 24% selepas kita duduk 2 jam dan ini akan meningkatkan risiko kencing manis (diabetes)

********

Kebanyakan di antara kita bekerja di pejabat dan duduk melebihi 6 jam sehari. Bagaimana untuk mengurangkan risiko masalah yang disebutkan atas?

Selagi boleh, jangan duduk melebihi sejam. Cari alasan untuk berdiri atau berjalan.

โœ” Lakukan regangan otot kalau anda rasa anda telah duduk terlalu lama.

โœ”Cari aktiviti yang boleh dilakukan selepas waktu kerja. Kalau balik kerja, makan dan terus duduk tengok tv, memang parah dah tu!

*********

Sentiasa kekal sihat dengan #MaduAsli #Quadmeds!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *