BILA DOKTOR TEGUR MAKCIK

WhatsApp Image 2017-01-13 at 1.32.03 PM
Dr. A: Puan, setiap kali puan datang follow up, memang cantik bacaan gula. BP pun cantik. Tapi HbA1c puan 15%!! Tinggi tu!!
Makcik A: Hehe..
.
Dr. A: Puan, makan ubat ikut cara yang pharmacist ajar tak?
Makcik A: Hehe…
.
Dr. A: Puan, tak elok puan menipu diri sendiri, puan.. Penjagaan pemakanan, pengambilan ubat semua kena di buat bukan sahaja ketika nak jumpa Doktor. Tapi sentiasa kena jaga pemakanan. Ubat-ubatan kena lah makan juga.
.
Dr. A: Puan tahu tak, apa itu kencing manis?
Makcik A: Sakit gula tinggi lah.
.
Dr. A: Pandai puan. Kencing manis ni penyakit kelenjar pankreas tak mampu hasilkan insulin, sejenis hormon untuk turun kan kadar gula dalam darah. Jadi, masalah puan sekarang adalah masalah kelenjar pankreas.
.
Dr. A: Ubat-ubatan yang kita beri pula, secara am nya, fungsinya untuk ‘memaksa’ atau memberi stimulasi untuk insulin dihasilkan.
.
Dr. A: Jadi, jikalau gula terlalu tinggi di dalam darah, masalah akan berlaku di organ2 penting diri kita.
(sambil saya mengambil kertas dan melukis buah pinggang, mata dan saraf)
.
Dr. A: Begini puan. Buah pinggang kita ni ada filter/penapis. Penapis ni halus je lubang nya. Sepatutnya gula tiada dalam air kencing disebabkan saiznya yang besar. Tetapi, apa yang berlaku adalah apabila gula banyak sangat, badan kita terpaksa menyahkan gula melalui air kencing. Macam saya kata, molekul gula ni besar. Pecah sikit demi sikit filter tu, sampai lah rosak buah pinggang tu.
(sambil saya menulis 90-120mL/min)
.
Dr. A: Puan, setiap minit, buah pinggang kita bekerja keras sangat. Orang yang sihat buah pinggang nya, ia menapis 90mL darah. Bermaksud, setiap jam, buah pinggang menapis lebih kurang 5.4L darah! Banyak tu, puan!!
.
Dr. A : Jadi, puan bayangkan lah betapa beratnya bebanan buah pinggang kita ni. Sehari menapis hampir 125L darah!! Dan jikalau puan tak jaga bacaan gula, puan tak kasihan ke, pada buah pinggang puan?
.
Makcik A: Doktor, saya dengar kalau makan ubat, nanti buah pinggang rosak. Macam mana tu?
Dr. A: Haaa… Puan dengar daripada siapa tu?
.
Makcik A: Akak dengar dari jiran akak.
Dr. A: Haa… Tu lah puan. Biasanya cerita ni MITOS semata2. Kalau lah puan dapat tahu siapa pesakit tu, bawa dia ke mari, jumpa saya. Saya nak interview sikit dia.
.
Dr. A: Puan, kebiasaannya pesakit yang kena masalah buah pinggang ni adalah pesakit yang tak jaga tahap gulanya. Tak makan ubat nya seperti yang di ajar Ahli Farmasi. Kebanyakan mereka culas dalam makan ubat-ubatan. Dan mereka hanya mengawal pemakanan 3 hari sebelum berjumpa Doktor. Kemudian, apabila dah teruk, disalahkan pula ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Makcik A: Oh, ye ke…. Baru saya tahu.
.
Dr. A: Puan tahu apa itu cuci buah pinggang? Cuci buah pinggang tu disebabkan buah pinggang ni tak mampu dah nak cuci darah macam orang normal. Toksin dan bermacam2 lagi hasil kumuhan akan ada dalam darah. Jadi, pesakit perlukan cara yang lain untuk cuci darah iaitu cuci darah dari luar dengan mesin dialysis.
(makcik A kelihatan tercengang)
.
Dr. A: Bila dah sampai tahap cuci darah, memang letih. Tak bermaya. Nak bergerak pun letih. Minum air pula tak boleh banyak2. Ada yang hadnya 300mL sehari, ada juga kurang daripada itu. Kalau minum lebih, nanti ada masalah pernafasan pula. Kaki bengkak2 dan macam2 masalah lagi. Jadi, puan boleh bayangkan betapa letih nya seseorang pesakit tu.
(Makcik A melopong lagi)
.
Dr. A: Bukan tu sahaja, kesan nya juga pada ahli keluarga puan. Bila dah cuci darah, sekali cuci adalah lebih kurang 4 jam. Itu kalau bernasib baik. Kalau nasib tak berapa baik, kena sampai 8 jam hinggakan 12 jam. Siapa yang boleh jaga puan semasa dialysis? Bukan nya sehari setiap minggu, tapi SELANG SEHARI! Anak puan masih bersekolah. Puan nak anak puan tak hadir ke sekolah kerana menjaga puan? Bagi anak yang dah berumahtangga dan bekerja pula, siapa nak sara hidup ahli keluarga nya? Siapa pula yang nak menggaji pekerja yang hanya boleh datang kerja selang sehari?
.
Dr. A: Puan, kalau puan jaga diet dan makan ubat-ubatan hanya 3 hari sebelum berjumpa Doktor, memang lah bacaan semasa appointment cantik comel. Tapi, kami ada teknik untuk mengetahui pengawalan diet puan di rumah. Badan kita ni menyimpan rekod selama 3 bulan di dalam sel darah merah. Bacaan ini langsung tak boleh di tipu. Atas sebab ini lah saya tahu, puan tak control diet.
Makcik A: Oh.. Macam tu.. Baik lah doktor. Kalau itu lah kesan nya, saya akan cuba makan ubat macam farmasi tu cakap.
.
Ini adalah dialog tipikal saya dengan pesakit Diabetes saya yang bacaan gulanya sungguh tak terkawal.
.
Kebanyakan mereka tidak tahu pun mengapa mereka mengambil ubat Diabetes. Anak anak pula semakin berkerjaya. Soal penjagaan ibubapa jadi pilihan dibawah kerana masih ada anak2 dan keluarga sendiri untuk disara.
.
Bertindaklah sebelum terlewat.
============
Artikel di tulis 23 hours post operative laparoscopic appendicectomy
Faaqiru ilaLlah,
Dr. Ahmed Bin Kamarulzaman
Pegawai Perubatan dan Kesihatan
13 September 2016
Medical Mythbusters Malaysia

Rawat #Diabetes sebelum melarat

Leave a Reply